Assalamualaikum :)
Tahukah anda bahawa perwatakan atau
sifat wanita juga boleh diketahui melalui cara seseorang itu berjalan.
Mungkin ada benarnya juga tips yang diberikan kat bawah ni sebagai
panduan bersama.
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan
wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak
jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya
ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan
yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka
membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati,
kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita
yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun
ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka
menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki
yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang
diatur dan diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita
seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai.
Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping
sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu
akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia,
dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka
yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan
bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali
menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia
berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu
berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya
mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita
yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak
ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah
itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita
ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang
wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita
seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak
tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment